fbpx
康威医疗集团

更健康的SG

Apakah Healthier SG?

Pelan pembaharuan penjagaan kesihatan baharu Singapura, Healthier SG, bertujuan untuk memperkasakan individu dalam usaha penjagaan kesihatan melalui penjagaan pencegahan. Di bawah pelan ini, mereka boleh mendaftar dengan doktor keluarga yang akan menyokong mereka dalam keperluan penjagaan kesihatan mereka sepanjang hayat. Mengekalkan hubungan jangka panjang dengan doktor keluarga membolehkan anda kekal sihat, mengenal pasti masalah kesihatan dengan lebih awal dan menguruskannya dengan berkesan. Klinik GP Healthway Medical berbangga untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif Healthier SG. Mulakan perjalanan Healthier SG anda bersama kami!

Siapakah yang layak mendaftar untuk Healthier SG?

[5:07 PM] Nurrafiza Mohamed Rafi

Berkuat kuasa 1 November 2023, jika anda rakyat Singapura atau penduduk tetap dan berumur 40 tahun ke atas, anda boleh mendaftar melalui Health Hub atau pergi ke mana-mana klinik Healthway Medical pilihan anda untuk mendapatkan bantuan dalam pendaftaran. 

Siapakah yang layak mendaftar untuk Healthier SG? 
Jika anda ialah:
  • warganegara Singapura atau penduduk tetap
  • 40 tahun ke atas
  • Menghidap penyakit kronik
  • Pesakit Healthway Medical sekarang dengan Doktor Swasta (GP) berdaftar dengan Healthier SG
Sila kunjungi klinik Healthway Medical pilihan anda mulai sekarang hingga 4 Julai 2023 untuk pra-pendaftaran. Manfaat program Healthier SG untuk pesakit pra-pendaftaran akan bermula pada 5 Julai 2023. 

Program pendaftaran negara (mulai Julai 2023)

Jika anda ialah:
  •  warganegara Singapura atau penduduk tetap
  • 60 tahun ke atas
Jemputan SMS akan dihantar kepada anda untuk meminta anda mendaftar di klinik atau poliklinik Healthier SG melalui aplikasi Healthhub. Proses pendaftaran akan bermula dengan warga emas berumur 60 tahun ke atas, dan akan merangkumi mereka yang berumur antara 40 dan 59 tahun secara beransur-ansur. 

Apakah manfaat pendaftaran Healthier SG?

  • Vaksinasi dan pemeriksaan kesihatan yang disyorkan negara secara percuma
  • Pelan Kesihatan Peribadi
  • Pelan Kesihatan pertama di klinik yang anda berdaftar adalah percuma
  • Healthpoints bernilai $20 selepas perundingan Pelan Kesihatan yang pertama
  • Mulai awal tahun 2024, pemegang kad CHAS yang mempunyai keperluan dan perbelanjaan ubat yang tinggi boleh memilih Tingkat Kronik Healthier SG dan menerima subsidi sehingga 87.5% bagi ubat kronik dalam senarai putih, bergantung pada tahap pendapatan mereka.
  • Mulai awal 2024, penduduk Singapura yang mendaftar dalam Program Pengurusan Penyakit Kronik (CDMP) akan dapat menggunakan MediSave mereka untuk pembayaran rawatan tanpa sebarang bayaran tunai bersama.

Apakah yang boleh anda jangkakan daripada Healthier SG?

Langkah 1: Daftar & Tempah Janji Temu 

  • Selepas anda menerima SMS jemputan daripada MOH, log masuk ke Aplikasi HealthHub anda dan pilih klinik Healthway Medical keutamaan anda
  • Daftar dan tempah janji temu pertama anda untuk memulakan perjalanan Healthier SG anda!

Langkah 2: Membangunkan Pelan Kesihatan Peribadi

  • Perundingan kesihatan pertama secara percuma di klinik yang anda berdaftar 
  • Bincangkan sejarah dan keadaan perubatan anda dengan doktor anda 
  • Bangunkan pelan kesihatan peribadi dengan doktor anda. Doktor anda akan menasihati anda berkenaan penjagaan kesihatan anda untuk jangka masa panjang, seperti perubahan gaya hidup dan pemeriksaan kesihatan yang disyorkan. 

Langkah 3: Menguruskan Kesihatan Anda secara Proaktif 

  • Ikuti pelan kesihatan anda di Aplikasi HealthHub 
  • Mengambil bahagian dalam program masyarakat untuk mengekalkan gaya hidup sihat 
  • Jejaki kegiatan fizikal anda di Aplikasi Healthy 365 

Langkah 4: Memantau Kesihatan Anda dengan Doktor Anda 

  • Perjumpaan/perbincangan kerap dengan doktor anda membolehkan anda menjejaki perkembangan kesihatan anda. 

Langkah 1: Daftar & Tempah Janji Temu Langkah 2: Membangunkan Pelan Kesihatan Peribadi Langkah 3: Menguruskan Kesihatan Anda secara Proaktif Langkah 4: Memantau Kesihatan Anda dengan Doktor Anda
  • Selepas anda menerima SMS jemputan daripada MOH, log masuk ke Aplikasi HealthHub anda dan pilih klinik Healthway Medical keutamaan anda 
  • Daftar dan tempah janji temu pertama anda untuk memulakan perjalanan Healthier SG anda!
  • Perundingan kesihatan pertama secara percuma di klinik yang anda berdaftar
  • Bincangkan sejarah dan keadaan perubatan anda dengan doktor anda
  • Bangunkan pelan kesihatan peribadi dengan doktor anda. Doktor anda akan menasihati anda berkenaan penjagaan kesihatan anda untuk jangka masa panjang, seperti perubahan gaya hidup dan pemeriksaan kesihatan yang disyorkan.
  • Ikuti pelan kesihatan anda di Aplikasi HealthHub
  • Mengambil bahagian dalam program masyarakat untuk mengekalkan gaya hidup sihat
  • Jejaki kegiatan fizikal anda di Aplikasi Healthy 365
  • Perjumpaan/perbincangan kerap dengan doktor anda membolehkan anda menjejaki perkembangan kesihatan anda.

Mengapa memilih Healthway Medical?

Nikmati manfaat-manfaat ini apabila anda mendaftar dengan Healthway Medical untuk Healthier SG:
  • Akses mudah ke lebih daripada 65 klinik GP Healthway Medical yang terletak di seluruh negara
  • Kadar bersubsidi untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan seperti pengurusan penyakit kronik
  • Sekiranya anda memerlukan rawatan susulan, kami menawarkan rangkaian perkhidmatan yang menyeluruh termasuk pemeriksaan kesihatan, pakar kesihatan dewasa dan penjagaan pembedahan.